Permata Hati

Permata Hati

Monday, April 16, 2012

~ Menunaikan Umrah ~

Semalam setengah hari di KLIA, menghantar ibu mertuaku menunaikan umrah bersama-sama dengan adik-beradik serta anak-anak saudaranya... seramai 11 orang semuanya...insyallah suatu hari nanti tibalah giliran kami sekeluarga akan ke sana... rasa seronok sangat bila tengok orang nak menunaikan umrah... semoga ibu mertua serta jemaah yang lain selamat pergi dan selamat pulang... semoga dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna... amin... layan gambar kami... memang wajib bergambar...hehehe

Bersama-sama Ibu Mertuaku

Kami bertiga... serupa x????

Ibu Mertuaku, Ibuku serta kawan2nya
 
Santai2 sambil makan nasi lemak

Menunggu...

Pesawat MAS

Untuk berlepas

Angah dan Khalid... Along dan Nana x der gambar...

~ Selamat Hari Lahir ~

Semalam genap sudah 7 tahun umur putera kedua kami iaitu Putera Safwan dilahirkan di Hospital Besar Seremban jam 8.15 pagi... pengalaman melahirkan anak yang kedua memang tidak dapat dilupakan tidak susah melahirkannya.. tak sampai sepuluh minit di labour room saya sudah melahirkannya... tak seperti abang dan adiknya... yang saya terpaksa bermalam di hospital beberapa hari... walau bagaimanapun pengalaman mengandung ketiga-ketiga anakku memang tak dapat kulupakan sampai bila2... sekali lagi "Selamat Hari Lahir Putera Safwan"... semoga menjadi anak yang soleh, berilmu dunia dan akhirat dan jangan lupa kepada kedua ibu bapamu... atas permintaannya aku menyediakan sebiji kek coklat ala-ala kek indulgent sr bertema Angry Bird... alhamdulillah suka sangat dia... selamat juga sebab ibu dah boleh buat kek sendiri...kalau x terbang juga duit ibu nak belikan kek macam nie...


Angry Bird permintaan Angan


Kek Coklat ala-ala SR


Isi dalamnya... cuma masih x pandai nak wat cam SR tu...

Birthday Boy bersama dengan adiknya...

4 beradik


Angah potong kek...si kembar sibuk sama

Si Kembar nak potong juga