Permata Hati

Permata Hati

Saturday, May 22, 2010

"mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest"


Syarat2 nye:

1. Mesti copy contest banner & jarumjahit kat atas ni dan tampalkan ke page contest dan juga sidebar anda. Make sure both page contest dan sidebar tu dilink balik ke blog mamaeja dan blog jarumjahit ek..kalau x... hehehe, faham2 la ye :) ... Mesti juge letak title ~~ mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest ~~ kat blog post anda ye.. tajuk lain x bleh tau! - DONE

2. Macam biasalaaaa.... mesti jadi followerhttp://mamaeja.blogspot.com/ dan juga followerhttp://jarumjahit.blogspot.com/ - DONE

3. Jangan lupa tulis sikit kat dalam contest anda tu, ngape anda suke/tak suke blog mamaeja nie.. (just for my future improvements) -DONE

4. letak satu keping je (SATU je tau, bebanyak kang pening!) gambar anak anda/anak sedare/sesiapa saje yg ada pertalian darah dengan anda. Contest ni terbuka kepada bayi/kanak2 berumur dari 1 bulan - 3 tahun sahaja :p - DONE

5. Jangan lupe letak nama bayi, tarikh lahir, nama anda, email dan ceritalah sikit ttg gambo tuh ye! - DONE


Saya sangat suka dengan blog mamaeja ini kerana banyak maklumat serta gambar2 yang menarik.... semoga mamaeja success dalam perniagaan JarumJahit Collection.. Tahniah mamaeja

Nama Bayi: Puteri Dayana binti Mohd. Sahizaffar
Tarikh Lahir: 12 Julai 2009
Nama Ibu: Fatin Suraya @ Wati binti Hashim
E-mel: puteridayana78@yahoo.com

Gambar ini diambil ketika puteri berumur 8 bulan... Secara tak langsung untuk mencuba baju serta topi yang ditempah daripada rakan blog iaitu Norhashimah Abdul Wahab... excited bila tengok puteri pakai...

Thursday, May 20, 2010

~ NEW COTTON (Kasa Rubia) ~

Details:-
HARGA : RM 35 (JIKA beli 3 helai postage FREE)
Bidang 45
4 meter

Metarial:-
>sejuk
>sgt lembut
>TIDAK jarang
>amat selesa dipakai

Tempahan:-
> Kod Kain
> Bank in ke akaun saya MBB 155127010309 (Fatin Suraya @ Wati binti Hashim)
> Berikan nama, alamat serta no. telefon ke email saya (puteridayana78@yahoo.com)
> Sila SMS jika sudah bank-in

Sebarang pertanyaab boleh terus SMS saya di 013 6203743

Di bawah ini corak2 kain serta warnanya....












p/s: Tempahan dibuka sekarang...

Tuesday, May 18, 2010

~ Kuala Gandah ~

15 dan 16 Mei 2010 kami sekeluarga bercuti ke Kuala Gandah, Pahang. Anak2 seronok bila ayahnya beritahu yang hujung minggu akan bercuti di Kuala Gandah, sambil ayah bercerita yang boleh bagi makan rusa, pegang beruang, pegang gajah, naik gajah dan mandikan gajah sekali (x dapat mandikan gajah kerana air sungai dalam...huhuhu (sedihnya)....apa lagi seronoklah dia orang.... Hari Sabtu pagi2 lagi anak2ku dah bangun, masing2 dah tak sabar nak pergi....Kami bertolak dari Seremban jam 8.00 pagi, berkumpul di R&R Genting Sempah..sambil menunggu lagi beberapa orang yang belum sampai sempat juga kami bersarapan di situ....Dari R&R Genting Sempah kami bertolak ke tempat yang dituju bersama2 dengan 14 buah kereta kesemuanya....(seronok juga sekali-sekali berkonvoi ramai2 nie)...Perjalanan kami diteruskan ke Deerland dahulu....memang seronok bila masuk ke kawasan Deerland tu....pertama sekali terus ke tempat rusa...dapat bagi rusa makan...budak2 hanya beri makan diluar...orang dewasa di dalam kawasan rusa....memang best bila tengok rusa tu tengok berdiri nak ambil makanan....lepas tu ke tempat ular pula....my hubby siap pegang ular lagi....(geli pulak tengok luar tu)....akhirnya sekali ke tempat beruang.... best sangat dapat pegang beruang...lembut betul bulu kat badan dia.... bolehlah layan gambar2 di Deerland nie.....

Inilah gambar2 di Deerland

Setelah habis lawatan di Deerland kami terus ke tempat penginapan. Selepas makan tengah hari kami semua ke bilik2 masing....Pukul 2.30 petang ada taklimat mengenai kawasan perhilitan Negeri Pahang serta lawatan ke muziumnya untuk melihat sendiri binatang2 yang telah di awetkan.....hanya my hubby ngan putera2 ajer yang pergi, aku, puteri serta ibu2ku apa lagi (zzzzzzzzzzzzzzlah dalam bilik).... Malamnya pula ada tayangan video mengenai binatang2 serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam kawasan itu.... ia perlu dijaga dengan baik....

Inilah pula gambar tempat penginapan dan muzium perhilitan serta kawan2 yang pergi.....


Pagi 16 Mei 2010 kami pun bertolak pula ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah....sebelum kami ke tempat gajah...kami semua ke tayangan video, bagaimana cara2 untuk menangkap gajah2 untuk di hantar ke Taman Negara....selepas itu barulah kami ke tempat di mana2 terdapat beberapa ekor gajah.... di situ kami diberikan penerangan mengenai gajah2 serta diberi peluang kepada kami untuk memberi gajah makan.... berpeluang juga naik gajah (tapi mandi gajah x boleh sebab air sungai deras)... putera & puteriku ku seronok tengok gajah tu.... (siap bagitau nak pergi lagi).... Memang seronok sangat anak2ku.... Nak ucapkan terima kasih juga pada Kak Bi, Kak Ika kerana sudi mengajak kami sekeluarga untuk ikut serta konvoi ini...jika ada lagi ajak2 kami....

Layanzzzzz pula gambar nie....memang seronok...

~ Kek Carrot ~

Sebelum bertolak ke Kuala Gandah....malam tu aku rasa macam nak buat kek carrot....Apa lagi lepas aje solat maghrib....sambil sibuk2 mengemas barang, sempatlah aku membancuh kek carrot tu.....Percubaan pertama buat kek carrot....masukkan dalam mangkuk (cup cake) senang nak makan.... Gunakan tepung kek (yang beli kak ibu) senang ajer caranya... Alhamdulillah, akhirnya jadi juga kek carrot aku....anak2 aku kata sedap...seronoklah aku dengar....jadi dia orang sukalah kek carrot tu....lain kali bolehlah aku buat lagi...lepas nie aku nak cuba buat muffin lak...dah banyak dapat resepi muffin nie...aku mesti cuba.....(untuk anak2ku)..... Sempat juga aku kirimkan kek tu kat mama dan ngan ibu di kampung.... (suruh dia orang rasa) x tahulah aper komen dia orang... (harap2 sedaplah yer)

Inilah dia kek carrot yang saya buat tu....

p/s: Lepas nie nak buatkan untuk kawan2 kat ofis lak....nak bagi rasa..hehehehehe

Thursday, May 13, 2010

~ Kain Cotton Bunga Sulam ~

Salam buat semua yang sudi melawat blog saya...buat masa nie saya ada menjual kain cotton (4 meter).


Jenis kain: 100% Swiss Cotton Prints
Harga: RM30.00 (tidak termasuk penghantaran)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya: 013-6203743 (Fatin Suraya)



~ Headband and Busha Legging ~

Dah lama rasanya tak melawat blog shima.....suatu hari teringin nak masuk blog dia...maner tahu ader benda2 baru....memang betul pun....shima sekarang tengah buat headband untuk baby girl....apa lagi...aku nie memang suka benda2 macam tu...jadi aku teruslah order untuk puteri sampai enam warna.... sambil tu juga shima ader jual busha legging..... (memang dah lama carikan untuk puteri)... apa lagi...aku beli sampai 10 helai legging untuk puteri.... (macam2 gambar ader) cantik pula bila puteri pakai ..... terima kasih untuk shima.....



Inilah dia headband yang aku order....cantikkan....



Inilah busha legging tu...x sempat nak buka plastik...




Ini pula gambar puteri pakai headband tu...cantik x?????

Tuesday, May 11, 2010

~ Baby with Soother/Feeding Bottle Contest ~



Nak cubalah masuk contest yang NAI anjurkan nie...


Nak join kena ikut Syarat2nya la yer...bukan senang nak dpt hadiah...

1. Jadi FOLLOWER blog ni – ngeee..;) - DONE

2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest - DONE

3. COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la. -DONE

4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahundengan PUTING atau BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping. - DAH UPLOAD

5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi - OK

6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU

Nak TAG kat :

1. Diana
2. Tiny
3. Suhaida


7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti. - DONE


Nak cuba gambar puteri yang nie....tapi masa nie puteri minum air putih saja....


Nama Anak: Puteri Dayana binti Mohd. Sahiszaffar
Tarikh Lahir : 12/07/2009
Email: puteridayana78@yahoo.com

~ Selamat Hari Ibu ~

"Selamat Hari Ibu" buat ibuku tersayang Hajah Siti Habsah binti Haji Sidal, ibu mentuaku Hajah Habsah binti Haji Mihat, ibu saudaraku Norbi binti Haji Sidal dan mama Amimah binti Haji Abdullah...dikaulah inspirasi dalam hidupku....banyak memberikan tunjuk ajar dalam kehidupan berkeluarga....segala2nya menjadi ratu hidupku...sempena hari ibu....adik2 saudara telah menyediakan beberapa hidangan untuk kami......terima kasih pada semua adik2 saudaraku yang telah bertungkus-lumus, dan bersusah payah menyediakan majlis ini...thanks...muahhhhhhhh.... kat korang semua......memang bestnya sangat.......




Inilah hasil kerja tangan adik2 saudaraku.....kek buat sendiri


Dari kiri: Ibu Norbi, Aku dan Princess), Makku dan Mama....



Inilah dier adik2 saudara ku yang sudi menyediakan majlis...(sorrylah gambar cik bell ngan eton x der lak...)

Monday, May 3, 2010

~ Coret-coret ~

Tatapilah gambar anak2 ku......

Gambar nie diambil ketika kami sekeluarga makan di KFC, Terminal One, Seremban...sempat ambil gambar anak2 jer....gambar ibu ngan ayah tak der....


Inilah gambar terbaru princess - 9 bulan


Inilah pula abg long dan abg ngahnya.....