Monday, April 16, 2012

~ Menunaikan Umrah ~

Semalam setengah hari di KLIA, menghantar ibu mertuaku menunaikan umrah bersama-sama dengan adik-beradik serta anak-anak saudaranya... seramai 11 orang semuanya...insyallah suatu hari nanti tibalah giliran kami sekeluarga akan ke sana... rasa seronok sangat bila tengok orang nak menunaikan umrah... semoga ibu mertua serta jemaah yang lain selamat pergi dan selamat pulang... semoga dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna... amin... layan gambar kami... memang wajib bergambar...hehehe

Bersama-sama Ibu Mertuaku

Kami bertiga... serupa x????

Ibu Mertuaku, Ibuku serta kawan2nya
 
Santai2 sambil makan nasi lemak

Menunggu...

Pesawat MAS

Untuk berlepas

Angah dan Khalid... Along dan Nana x der gambar...

~ Selamat Hari Lahir ~

Semalam genap sudah 7 tahun umur putera kedua kami iaitu Putera Safwan dilahirkan di Hospital Besar Seremban jam 8.15 pagi... pengalaman melahirkan anak yang kedua memang tidak dapat dilupakan tidak susah melahirkannya.. tak sampai sepuluh minit di labour room saya sudah melahirkannya... tak seperti abang dan adiknya... yang saya terpaksa bermalam di hospital beberapa hari... walau bagaimanapun pengalaman mengandung ketiga-ketiga anakku memang tak dapat kulupakan sampai bila2... sekali lagi "Selamat Hari Lahir Putera Safwan"... semoga menjadi anak yang soleh, berilmu dunia dan akhirat dan jangan lupa kepada kedua ibu bapamu... atas permintaannya aku menyediakan sebiji kek coklat ala-ala kek indulgent sr bertema Angry Bird... alhamdulillah suka sangat dia... selamat juga sebab ibu dah boleh buat kek sendiri...kalau x terbang juga duit ibu nak belikan kek macam nie...


Angry Bird permintaan Angan


Kek Coklat ala-ala SR


Isi dalamnya... cuma masih x pandai nak wat cam SR tu...

Birthday Boy bersama dengan adiknya...

4 beradik


Angah potong kek...si kembar sibuk sama

Si Kembar nak potong juga







Saturday, March 3, 2012

2nd RE-U SMSA 91-95

Akhirnya kami bertemu kembali buat kali ke-2 , walaupun re-u kali pertama ku tak dapat menyertainya... alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...tahniah pada AJK yang sanggup menyatukan kami semua... kali ini penyertaannya kurang sedikit tapi meriah tetap meriah... kali nie diadakan di Mines Wilness.. memang terbaek makanan dan tempatnya... biasalah dah lama tak berjumpa macam2 cerita yang keluarkan... semoga pertemuan ini tak akan berakhir begitu sahaja... pastikan akan ader lagi re-u yang akan datang...



Kek Red Velvet hasil tanganku...sorry gambar berkedut pulak...

Cenderahati...memang berbaloi sangat... sebatang pen dan sebatang pensil...



Sebahagian yang ikut serta 2nd RE-U ini






Ini pula gambarku bersama kawan... (nampak sangat aku dah gemuk...huhuhuhu)

Thursday, February 2, 2012

~ Selamat Hari Lahir ~

Hari nie genap 36 tahun umur my hubby... "Selamat Hari Lahir Abang"... semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan juga sanggup melayan karenah anak2 serta isterimu ini (heheheh) ..... sempena hari lahir my hubby kali nie, saya sempat buatkan kek yang special untuknya... Kek Tiramisu...

Thursday, January 26, 2012

~ Dugaan Awal Tahun ~

Inilah dinamakan dugaan awal tahun, setelah kami sekeluarga semua dikuarantin akibat sakit mata.. habis dah semuanya di serang oleh penyakit yang berjangkit ini... mula2 anakandaku yang sulung dulu kena, kemudian ibuku, puteriku, aku, dan sekarang nie putera keduaku pula...yang paling sedih bila tengok puteri sampai sekarang masih belum sembuh lagi...matanya sampai luka di dalam, bengkaknya dah nampak susut sedikit... sakit mata nie yang paling teruk sebab sampai bengkak mata... aku pula kedua2 sekali... aduhai nak tenung laptop lama2 pun sama berair mata... harap2 minggu depan semuanya akan baik seperti sediakala... awal2 tahun anak aku dah bercuti dan aku dah ader mc...ingat azam tahun baru x naklah mc awal tahun...tapi nak buat cam maner...dah tertulis... segala dugaan dan rintangan ditempuhi dengan tabah...

Monday, January 9, 2012

Kelas Kek Hiasan

Awal tahun 2012 dengan penuh semangat dan azam baru aku mengikuti Kelas Kek Hiasan oleh Hanan Bakery, Taman Ampangan, Seremban... bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai cara membuat kek dengan betul... biasanya tengok2 ajer blog2 kawan2 dan belajar di internet sahaja... kelas kali nie cuma tiga orang sahaja... aku, Kak Nana (dari Labu) dan Linda (kawan sekolahku)... alhamdulillah kelas ini berjalan dengan lancar... kelas bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.30 petang dengan menghasilkan 3 biji kek... memang amat berbaloi mengikuti kelas ini... kami diajar membancuh kek, melepa kek dan menghias kek dengan betul... semuanya kami buat... cuma Hayati terangkan ajer... yang tak tahan kami nak mendeco bunga ngan bakul lah.. fuhhhh memang menggigil buat bunga... tapi akhirnya kami berjaya juga... terima kasih banyak2 pada cikgu Hayati atas tunjuk ajar yang diberikan dan halalkan segala ilmu yang diberikan kepada kami... untuk maklumat lanjut mengenai Hayati boleh lawat laman web nie http://bahulutikir.blogspot.com/ ... dah penat menceceh jom layan gambar kami.... heheheh


Kami tengah membancuh adunan dan loyang yang digunakan...

Mendeco Kek Black Forest

Kek yang memang memerlukan kesabaran membuatnya...kek bakul dan bunga... menggigil...



Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baharu 2012

Perginya 2011 menjelmanya 2012... terima kasih padaNya diberikan kesempatan... semoga aper yang aku usahakan mendapat keberkatanNya...